Bikin ramai orang terliur !!! Masak sampai maggi berasap

Bikin ramai orang terliur !!! Masak sampai maggi berasap

Buat anda yang suka sangat makan maggi goreng di restoran Mamak, boleh cuba resipi maggi goreng special ini. Nampak sangat lazat dan menyelerakan.

Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Nurul Ateekah di bawah. Selamat mencuba!

Cara Masak Maggi Goreng Special

Bahan-bahan:
3 paket maggi kari (setengah masak)
3 paket perencah maggi kari
Telur 3 biji
Sawi
Taugeh
Tomato 1 biji
Lobak merah
Bawang putih 7 ulas diketuk
Bawang merah 5 biji dihiris
Cili merah
Cili hijau
3 sudu besar cili kisar
Fishball
Meatball
1 sudu kecil serbuk belacan
Sos cili 1½ sudu besar
Sos tomato 1½ sudu kecil
Sos tiram 1 sudu besar
Sos ikan 1 sudu kecil
Kicap Manis 1½ sudu besar
Light soy sauce 1 sudu kecil
Serbuk lada putih

Cara memasak:
1. Tumis bawang putih sehingga garing.
2. Masukkan bawang merah, masak sehingga keperangan.
3. Tumiskan cili, masak sehingga pecah minyak. Masukkan fishball dan meatball. Masak sebentar.
4. Pecahkan telur, masak seperti scramble egg.
5. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, serbuk belacan, kicap manis dan perencah maggi. Gaul rata.
6. Masukkan sawi, taugeh, lobak merah dan tomato. Gaul rata.
7. Masukkan pula sos ikan dan light soy sauce (jika kurang masin).
8. Masukkan pula serbuk lada putih dan telur lagi 1 biji. Gaul sebati dan sehingga berasap.

Sedia untuk dihidang, selamat mencuba!

Sumber | MR

COMMENTS