Biar 3 kanak-kanak buat aksi bahaya dalam kereta, bapa ditahan polis

Biar 3 kanak-kanak buat aksi bahaya dalam kereta, bapa ditahan polis

Biar 3 kanak-kanak buat aksi bahaya dalam kereta, bapa ditahan polis. Polis menahan bapa kepada tiga kanak-kanak yang membuat aksi berbahaya dengan mengeluarkan separuh badan dari dalam kereta yang sedang bergerak dipercayai dirakam di Jalan Tambun, di sini, seperti yang tular dalam media sosial, semalam.

Biar 3 kanak-kanak buat aksi bahaya dalam kereta, bapa ditahan polis

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid, berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Sunway City di sini, pada 9.30 malam, semalam.

“Tindakan lelaki itu pada saya memang tidak bertanggungjawab kerana membenarkan kanak-kanak berkenaan mengeluarkan separuh badan dari kereta.

“Kami juga akan memanggil ketiga-tiga kanak-kanak berusia empat, tujuh dan lapan tahun itu untuk membantu siasatan dan selepas kertas siasatan siap sepenuhnya kami akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dicadang dituduh di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Majlis Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak yang turut dihadiri Menteri Besar Saarani Mohamad di pekarangan Briged Utara, Pasukan Gerakan Am di Ulu Kinta di sini, hari ini.

Katanya, hasil semakan mendapati lelaki berkenaan yang ditahan sehingga esok, mempunyai 32 rekod kesalahan trafik.

Semalam, Farid berkata, pihaknya mengesan video berdurasi seminit dua saat itu di laman Facebook memaparkan tiga kanak-kanak melakukan aksi berbahaya tersebut dalam sebuah kereta yang sedang bergerak di jalan raya.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

 

Turut baca