Biadap!! Pelajar ‘kantoi’ buat ‘projek’ dalam bilik air masjid

Biadap!! Pelajar ‘kantoi’ buat ‘projek’ dalam bilik air masjid

Kantoi duduk berduaan di dalam bilik air sebuah masjid, pasangan kekasih yang masih bersekolah dibawa pusing satu kampung oleh penduduk kerana dipercayai ingin melakukan perkara yang tidak senonoh.

Kedua-dua pasangan itu yang dikenali dengan nama AN bagi perempuan dan juga IF untuk lelaki difahamkan dijumpai oleh penjaga masjid dan beberapa orang penduduk sebelum dipaksa tarik keluar dari bilik air masjid.

Kejadian yang berlaku di Desa Bendoharjo, Gabus, Jawa Tengah, Indonesia itu dikatakan berpunca daripada mereka berdua yang ingin melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kawasan masjid.

Selepas kantoi oleh penjaga masjid, lelaki tersebut cuba untuk melarikan diri sebaik sahaja teman wanitanya keluar dari bilik air tersebut terlebih dahulu. Namun, usaha untuk melarikan diri gagal kerana penduduk kampung berjaya menangkapnya. Bukan itu sahaja, penduduk kampung turut membogelkan wanita berkenaan sebelum dibawa berarak di seluruh kampung. Akhir sekali, pasangan itu dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan lelaki tersebut telah meminta izin dari kedua-dua ibu bapanya untuk keluar dengan tujuan mahu ke kedai untuk membeli kertas yang diperlukan atas urusan belajar. Malah, mereka berdua juga bukan penduduk Desa Bendoharjo dan dikatakan sengaja ke sana untuk berada di tempat yang sunyi serta jauh dari kawasan mereka.

Biadap!! Pelajar 'kantoi' buat ‘projek’ dalam bilik air masjid