Biadap!!! Ibu tak bagi duit ‘topup’ beli game, anak tendang mak tengah sidai kain

Biadap!!! Ibu tak bagi duit ‘topup’ beli game, anak tendang mak tengah sidai kain

Biadap!!! Ibu tak bagi duit ‘topup’ beli game, anak tendang mak tengah sidai kain. Tular video mengenai seorang kanak-kanak lelaki berbaju oren yang menendang ibunya sebanyak 2 kali.

Tindakan kanak-kanak tersebut mengundang kecaman dan marah netizen yang menyifatkan ianya sangat kurang ajar dan seperti terbiasa melakukannya.

Ibu tersebut yang sedang menyidai kain difahamkan enggan memberi duit buat anaknya yang ketagih bermain game.

Kanak-kanak tersebut telah meminta duit untuk menambah nilai video game pilihannya, namun tidak diendahkan lalu ditendang sebanyak 2 kali di hadapan rumah mereka.

Rata-rata netizen bengang melihat kelakuan seorang anak yang kurang ajar dan biadap terhadap ibu sendiri.

Dalam pada itu, ramai juga yang menyelar ibu kanak-kanak tersebut, menganggap mungkin kerana anak yang terlalu dimanjakan sehingga dia boleh berkelakuan sedemikian walau usia masih muda.

 

Turut baca