Berjam tunggu kekasih, lelaki kesal teman wanita kantoi tengok wayang dengan jantan lain

Berjam tunggu kekasih, lelaki kesal teman wanita kantoi tengok wayang dengan jantan lain

Berjam tunggu kekasih, lelaki kesal teman wanita kantoi tengok wayang dengan jantan lain. Hati mana yang tidak terguris melihat kekasih hati yang disayangi sepenuh hati rupanya kantoi keluar dengan lelaki lain.

Begitulah yang dirasai seorang lelaki, apabila dia ‘menangkap’ teman wanitanya yang mencurangi dirinya.

Menerusi perkongsian di Tiktok, dia bercerita mengenai kekecewaannya yang menunggu teman wanita selama beberapa jam keran atak sedap hati dengan tingkah laku gadis tersebut yang seakan menyembunyikan sesuatu.

Akhirnya setelah berpakat dengan kawannya, dia menerjah sebuah panggung wayang, dan menunggu di situ sebelum terkejut melihat wanita yang disayangi turun bersama dengan lelaki lain dari sebuah pawagam.

 

Baca juga

Tahan trafik demi laluan VVIP sehingga menyebabkan kemalangan, mangsa dibiarkan

Apa barang kau ni !!! Netizen persoal tindakan pelajar lelaki pakai ‘makeup’ ke sekolah