Bergaduh gigit telinga hingga putus

Bergaduh gigit telinga hingga putus

Satu video yang memaparkan dua lelaki sedang bertumbuk di sebuah bar taman sehingga seorang daripada mereka kehilangan telinganya, menjadi tular di laman media sosial.

Lapor Metro, kejadian mengejutkan itu berlaku di Cricketers Pub di River, bandar Dover di England.

Dalam rakaman video itu, kedengaran beberapa orang menjerit dan cuba menghentikan pergaduhan antara dua lelaki berkenaan.

Dua individu itu bergelut sesama sendiri sehingga jatuh ke tanah sebelum seorang daripada mereka yang memakai baju-T dan seluar pendek berwarna hitam bertindak menggigit telinga lelaki berkenaan sehingga putus.

Lelaki itu kemudian menarik mangsa dan mula menumbuk perutnya beberapa kali.

Kedua-dua individu itu saling berbalas tumbukan sehingga lelaki berpakaian hitam itu meludahkan telinga mangsa sekali gus mengejutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

Kedua-dua individu itu terus bertengkar sehingga pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh pengunjung yang berada di bar taman itu.

Punca pergaduhan antara dua lelaki itu masih belum diketahui dan polis di Kent memaklumkan pihaknya menyiasat kejadian itu, dengan mangsa kini dirawat di hospital.

Kejadian itu juga menyaksikan seorang lelaki berusia 39 tahun dari Dover ditahan atas dakwaan bergaduh dan dibebaskan dengan ikat jamin. | UM

COMMENTS