Bercerai dek kerana isteri makin gemuk, suami tanggung akibat yang tak disangka

Bercerai dek kerana isteri makin gemuk, suami tanggung akibat yang tak disangka

Bercerai dek kerana isteri makin gemuk, suami tanggung akibat yang tak disangka. Seperti diceritakan oleh seorang lelaki, lepas ngorat di fcbk, dia akhirnya dapat kahwin dengan wanita yang cantik. Tetapi sebab isterinya tiba-tiba jadi berisi, lelaki tu layan sambil lewa isterinya, nafkah zahir ba tin buat tak tahu je.

Akhirnya bercerai.

Tapi lepas bercerai, isterinya terus kahwin baru dan lelaki tu menyesal bila dapat tau …

Bercerai dek kerana isteri makin gemuk, suami tanggung akibat yang tak disangka

Lepas kahwin, memandangkan saya banyak tanggungan dan hutang, saya tak bagi isteri duit nafkah dan dia juga bekerja dimana gajinya lebih tinggi dari gaji saya. Dia tak pernah meminta dari saya. dia cukup baik dengan mak ayah saya dan melayan saya dengan baik.

Di tempat kerja dia selalu cerita kat saya yang ramai lelaki mengacaunya dan cuba mengajak keluar namun saya buat bodoh saja dengan cerita dia. Bagi saya selagi dia tak layan takkan ada apa terjadi. Isteri selalu mengajak saya solat berjemaah tapi saya suruh dia solat dulu.

Makin lama saya merasakan yang isteri semakin naik berat dan jadi gemuk. Apabila isteri mahukan layanan di malam hari dan cuba meme luk saya, saya tepis kerana saya tiada selera untuk menyen tuh dirinya. Lama-kelamaan isteri minta saya berterus-terang.

Saya katakan yang saya suka perempuan yang kurus macam bks-girlfriend saya dulu. isteri sudah gemuk dan badannya berbau, maka buat saya hilang selera. Isteri senyap dan berjanji akan cuba berubah.

Sejak itu saya tengok dia cuba kuruskan badan dan rajin ke gym. Dia minta duit dari saya untuk ke pusat kecantikan dan jamu tapi saya suruh dia guna duit sendiri. Isteri hanya diam dan tidak membantah.

Setelah isteri kuruskan badan, isteri mengan dung tetapi kerana kesibukan di tempat kerja, isteri gu gur. Saya terlalu kece wa dan saya salahkan dirinya. Sejak itu saya menjauhkan diri dari isteri. Apabila saya balik ke rumah, saya langsung tidak mahu bercakap dengan isteri dan hanya main telefon.

Isteri cuba mengajak saya berbual namun saya hanya menjawab sepatah dua. Saya juga suka buka fcbk dan Insta gram melihat gamar-gambar perempuan kurus dan cantik. apabila isteri sudah tidur saya akan membuka laman web lu caah. isteri sedar akan hal ini namun dia tidak membantah.

Saya langsung tidak menyen tuh dirinya sejak dia gu gur kerana saya merasa geli dengan dirinya. Dia cuba untuk meme luk saya dan cuba untuk bertanyakan kenapa saya menjauhkan diri dari dirinya tapi saya diam dan terus berpaling. Sejak itu hubu ngan kami makin jauh sehingga saya tidak perasan lama kelaman isteri pun sudah berubah.

Isteri makin lama sibuk dengan telefon apabila saya pulang ke rumah. Dia sudah tidak kisah apabila saya terpaksa outstation. Kalau saya tak call dia pun tak call saya. Malam-malam kalau saya tak pe luk dia, dia juga tak pe luk saya. Saya nampak dia sibuk melayan What sapp tapi saya buat bodoh kerana ego dan saya pun layan telefon.

Akhirnya saya dapat tahu isteri sedang bercinta dengan rakan sekerjanya. Mereka sudah banyak kali keluar bersama. Saya confront isteri saya dan dia mengaku. dia terus terang mengatakan kenapa dia berbuat sebegitu. Dirinya sunyi dan dia merasakan seperti disisih oleh saya sedangkan dia berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik.

Lelaki ini memberi perhatian yang penuh kepadanya dan buat dia lupa akan kesunyian dalam diri. Baru saya tersedar betapa buruknya sikap saya sebagai seorang suami selama ini. Saya janji kepada dirinya yang saya akan berubah.

Dia kata akan beri saya peluang dan saya cuba menjadi lelaki yang terbaik. Saya mula beri nafkah, belikan baju dan barang-barang, balik awal dan belanja makan, ajak dia solat berjemaah, puji dirinya macam-macam. namun setelah beberapa minggu, dia mengakui yang dirinya sudah tidak dapat terima saya lagi.

Hatinya sudah tawar dan dia sudah terlalu sayangkan rakan sekerja. Dia meminta saya melepaskan dirinya supaya dia dapat berkahwin dengan rakan sekerjanya. Akhirnya dengan berat hati saya mence raikan dirinya dengan ta lak satu. Sepanjang iddah saya seperti gi la talak, kerap datang ke tempat kerja si dia dan merayu-rayu.

Saya mesej dia minta maaf dan mahu merujuk. Setelah habis iddah, saya dapat tahu dia terus dipinang oleh lelaki itu dan kini mereka hidup bahagia dan ada anak satu, sedangkan saya masih seorang diri.