Beraya bersama keluarga bertukar tragedi, remaja lemas tergelincir ke dalam sungai

Beraya bersama keluarga bertukar tragedi, remaja lemas tergelincir ke dalam sungai

Beraya bersama keluarga bertukar tragedi, remaja lemas tergelincir ke dalam sungai.

Aktiviti ziarah hari raya bersama keluarga bertukar tragedi apabila remaja lemas selepas tergelincir ke dalam sungai, dalam kejadian di Kampung Banting, di sini, semalam.

Beraya bersama keluarga bertukar tragedi, remaja lemas tergelincir ke dalam sungai

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, mangsa berusia 15 tahun itu ditemui di kawasan berhampiran lokasi dia dikatakan tergelincir, sebelum disahkan meninggal dunia.

Jurucakap Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan, pada 12.20 tengah hari.

“Mangsa dilaporkan tergelincir ke sungai ketika melintasi jambatan di sungai berkenaan semasa beraya bersama keluarga.

“Mangsa dilaporkan berjaya ditemui keluarganya kira-kira 1.21 petang sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan paramedik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.