{VIDEO} “Islam itu dekat punggung aku…” Semakin berani individu hina Islam di media sosial

{VIDEO} “Islam itu dekat punggung aku…” Semakin berani individu hina Islam di media sosial

“Islam itu dekat punggung aku…” Semakin berani individu hina Islam di media sosial.

Semakin berani! Itulah  yang dapat dikatakan kepada inidvidu yang cuba menghina Islam secara terang-terangan di media sosial.

Hari ini, tular pula satu video yang dimuat naik di laman Facebook IRDK Repons Team akan seorang lelaki berpakian t-shirt mereha yang biadap dan menghina agama.

 

Dalam video berdurasi empat minit dan 13 saat itu, lelaki berkenaan turut mencabar orang Islam supaya mencari dan berhadapan dengannya jika berani.

Lebih bertambah geram lagi apabila dia juga menggambarkan Islam dan penganutnya sebagai pengecut sekaligus membuat isyarat lucah pada punggungnya.

“Islam itu hanya di punggung aku, semua orang Islam penakut (pengecut) hanya berani bila ramai.

“Kenapa pergi pukul orang itu ramai-ramai kalau berani pergilah seorang, lama dah aku cakap Islam ini jahat, kamu semua macam kera (monyet),” cabar lelaki tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana lokasi lelaki tersebut berada dan bila klip video tersebut dirakam.

Namun, berdasarkan loghat yang digunakan lelaki itu, difahamkan dia berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur ataupun di sebelah selatan negara jiran, Thailand.

Mnejengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geram akan tindakan berani lelaki berkenaan malah berharap agar ditahan pihak berkuasa dengan segera.