Berang tak dapat baki gaji, lelaki serang bos guna kapak, pisau lipat

Berang tak dapat baki gaji, lelaki serang bos guna kapak, pisau lipat

Berang tak dapat baki gaji, lelaki serang bos guna kapak, pisau lipat.

Seorang lelaki menyerang majikannya dengan kapak dan pisau lipat kerana berang mangsa tidak menjelaskan baki gajinya.

Dalam kejadian di Jalan Penang, George Town pada 9.50 pagi tadi, suspek dikatakan ke kedai gambar itu untuk menuntut gaji yang dijanjikan majikannya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek berusia 48 tahun itu dijanjikan gaji sebanyak RM1,700 sebelum diberhentikan kerja.

Bagaimanapun, dia gagal mendapat baki gaji yang dijanjikan majikannya.

“Berang dengan majikannya, suspek bertindak menyerang mangsa dengan menggunakan kapak dan pisau lipat.

“Mangsa yang juga lelaki berusia 67 tahun itu tidak mengalami kecederaan serius dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Polis kemudian menahan suspek dan sedang mendapatkan perintah reman dari mahkamah.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.