Berang nak hamil anak kembar tiga tak dipenuhi, wanita bakar hospital

Berang nak hamil anak kembar tiga tak dipenuhi, wanita bakar hospital

Berang nak hamil anak kembar tiga tak dipenuhi, wanita bakar hospital. Seorang wanita bertindak membakar Hospital Dr. Tengku Mansyur, Tanjungbalai, Sumatera Utara kerana permintaannya ingin hamil anak kembar tiga tidak dipenuhi.

Berang nak hamil anak kembar tiga tak dipenuhi, wanita bakar hospital

Lapor Tribunnews, Jabatan Komunikasi Korporat hospital itu, M. Ikhsan Harahap berkata, permintaan pesakit itu cukup aneh kerana dia masih belum berkahwin.

Jelasnya, disebabkan permintaan tidak masuk akal itu, pihak hospital mengajukan permintaan tersebut kepada pihak berkaitan.

“Namun wanita itu tidak dapat menerima penjelasan pihak hospital.

“Dia kemudian keluar dari hospital dan kembali semula dengan membawa sebuah bungkusan yang disyaki sebagai minyak petrol.

“Bungkusan itu kemudian dicurahkan dan ditumpahkan di dalam singki,” katanya.

Ikhsan berkata, suspek membakar gulungan tisu di dalam sinki itu sehingga menyebabkan api menjadi marak di hospital.

Susulan itu, petugas perubatan berusaha memindahkan sejumlah pesakit ke kawasan lain dan memadamkan kebakaran.

“Suspek kemudian melarikan diri dan lokasinya tidak diketahui.

“Pelaku sering datang ke hospital sebelum ini dengan permintaan yang sama dan meminta petugas perubatan memberikan dirinya hamil kembar tiga,” katanya.

Pengawal keselamatan memberitahu sebelum ini, wanita itu pernah membawa senjata tajam dan sering membuat bising di kawasan hospital.

Kes tersebut sudah dilaporkan kepada pihak polis berkaitan perbuatan jenayah cuba membakar kemudahan awam.