Berang kereta dilanggar dari belakang, pemandu Saga turun balun pemandu van hingga terbaring

Berang kereta dilanggar dari belakang, pemandu Saga turun balun pemandu van hingga terbaring

Berang kereta dilanggar dari belakang, pemandu Saga turun balun pemandu van hingga terbaring. Tular sebuah rakaman video menunjukkan satu insiden pergaduhan melibatkan sebuah Proton Saga yang dipercayai telah dilanggar sebuah van di PUJ 3, Taman Bukit Jalil.

Dalam video rakaman tersebut, dapat dilihat pemandu Proton Saga memarahi pemandu van dari luar tingkap kemudian menumbuk dan menarik pemandu van keluar.

Meskipun dipukul berkali-kali, pemandu van dilihat langsung tidak membuat serangan balas sehingga pemandu Saga menarik keluar pemandu van dan terus membelahnya hingga dia terbaring di atas jalan raya.

Penyerang langsung tidak mempedulikan kenderaan yang lalu lalang di samping bunyi hon yang bertubi-tubi sebaliknya meneruskan pukulan.

Ketika sedang memukul, van tersebut dilihat bergerak lalu penyerang segera masuk ke dalam van untuk memberhentikannya dari terus bergerak.

Berang kereta dilanggar dari belakang, pemandu Saga turun balun pemandu van hingga terbaring

Susulan video yang tular, ramai yang simpati terhadap pemandu van malahan mempertikaikan tindakan lelaki pemandu Saga.

Menurut orang ramai, lelaki itu tidak sepatutnya memukul pemandu van itu begitu sekali walaupun mangsa didakwa bersalah dalam kejadian kemalangan berkenaan.

 

Turut baca