Berang dimarahi balik mabuk, suami pukul isteri, tendang anak berusia tiga tahun

Berang dimarahi balik mabuk, suami pukul isteri, tendang anak berusia tiga tahun

Berang dimarahi balik mabuk, suami pukul isteri, tendang anak berusia tiga tahun. Gara-gara berang dimarahi isterinya kerana pulang dalam keadaan mabuk, seorang lelaki tergamak memukul wanita tersebut dan menendang anaknya yang berusia tiga tahun.

Berang dimarahi balik mabuk, suami pukul isteri, tendang anak berusia tiga tahun

Suspek yang hanya dikenali sebagai MGM, 32, dari wilayah Sulawesi Utara didakwa memukul isterinya, GK, 23, dan anak mereka pada Khamis lalu.

Ketika kejadian, mangsa bertindak merakam perbuatan suspek dan memuat naik di akaun media sosial sehingga menjadi tular.

“Insiden itu tercetus apabila suspek berasa berang kerana dimarahi isterinya selepas dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

“Ketika kejadian pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) itu, mangsa merakam tindakan suspek dan memuat naik di akaun Facebook miliknya sejam kemudian,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Sulawesi Utara, Komisioner Polis Jules Abraham.

Selepas kejadian itu menjadi tular, polis menjalankan siasatan yang membawa kepada penangkapan suspek pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) hari yang sama.

Suspek kemudiannya mengakui telah memukul anak dan isterinya.

“Suspek mengaku bahawa dia ada melempar sebuah telefon bimbit ke arah mangsa, membelasah dan menendang anaknya.

“Suspek masih menjalani pemeriksaan di Balai Polis Sangihe dan dia ditangkap serta diambil keterangan,” kata Jules.