Berang dibayar dengan syiling 5 sen, peniaga buang kopi pelanggan

Berang dibayar dengan syiling 5 sen, peniaga buang kopi pelanggan

Berang dibayar dengan syiling 5 sen, peniaga buang kopi pelanggan.

Kisah seorang peniaga minuman membuang kopi yang dipesan pelanggannya ya kerana dia dibayar menggunakan duit syiling bernilai 5 sen menjadi tular dalam media sosial di republik ini.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik seorang pelanggan wanita dalam akaun Facebook Complaint Singapore, dia meluahkan rasa marah terhadap insiden yang berlaku.

“Adakah 5 sen bukan duit sehinggakan peniaga enggan menerimanya jika dibayar oleh pelanggan?,” soalnya.

Menurut wanita itu, dia memesan kopi-o di sebuah kedai di Yishun yang berharga S$1.20 (RM3.70).

Apabila dia cuba membayar harga minuman itu menggunakan duit syiling, termasuk dua keping syiling 5 sen, pekerja di kedai tersebut meninggikan suara lalu membuang kopi yang dipesannya ke dalam sinki.

Lapor Berita Mediacorp, aduan wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pengguna media sosial.

“Tidak ada salahnya terima dua syiling 5 sen sebagai bayaran, Jika S$1.20 itu dibayar sepenuhnya dengan 5 sen sekali pun, ia tetap sah,” tulis seorang pengguna media sosial.

 

Turut baca

 

Seorang lagi pengguna pula memberitahu, menggunakan syiling 5 sen adalah sah selagi tidak melebihi S$2 (RM6.21).

Terdapat juga pengguna media sosial yang menegaskan peniaga itu sepatutnya dipersalahkan dan mereka menyatakan, peniaga sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu sekiranya enggan menerima bayaran menggunakan syiling 5 sen.

“Peniaga boleh meletakkan notis di kedai atau gerai mereka untuk memaklumkan untuk tidak terima syiling 5 sen,” kata mereka.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sebelum ini juga pernah mengeluarkan kenyataan mengenai bayaran menggunakan syiling.

Jelasnya, peniaga perlu meletakkan notis mengenai kaedah bayaran yang diterimanya.

Sementara itu, sikap peniaga tersebut juga dikecam kerana meninggikan suara dan membuang kopi yang sudah dibancuh ke dalam sinki.

 

Tonton juga