Bengang isu pelajar B40 kena hina, netizen mulakan misi mencari rumah pensyarah?

Bengang isu pelajar B40 kena hina, netizen mulakan misi mencari rumah pensyarah?

Bengang isu pelajar B40 kena hina, netizen mulakan misi mencari rumah pensyarah? Orang kata apabila benda dah marah macam-macam perkara boleh jadi. Bukan setakat membahayakan nyawa sahaja kadang kala dendam tersimpan itu yang paling menakutkan.

Bengang isu pelajar B40 kena hina, netizen mulakan misi mencari rumah pensyarah?

Mungkin sebab itulah kita perlu menjaga percakapan dan bahasa kita agar tidak menguris hati orang lain hingga akhirnya mengundang padah pada diri sendiri.

Sama seperti kes pensyarah yang tular hari ini apabila dikatakan memarahi seorang pelajarnya hingga melukakan hati.

Disebabkan video pensyarah tersebut telah tular dan mendapat perhatian ramai, nampaknya warganet mula mengorek lebih mengenai maklumat mengenai pendidik tersebut.

Malah, sebuah video dimuat naik di platform TikTok dikenali sebagai @nak_10k_follower memaparkan pencarian rumah pensyarah tersebut menerusi ‘Google Map’.

Difahamkan, alamat tempat tinggal pensyarah tersebut juga telah tular hingga ramai yang mengakui bahawa mereka berjiran dengannya.

Rata-rata warganet mula mempersoalkan adakah itu sememangnya rumah pensyarah tersebut atau sebaliknya.

 

Turut baca

 

Tonton juga