Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar – YB Dr Faizul Amri Adnan

Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar – YB Dr Faizul Amri Adnan

Serom juga ingin seterusnya membawa perhatian semua didewan yg mulia ini kepada lanjutan isu pendidikan kesan dari pelaksanaan PKP & PKPB.

Serom ingin menyatakan kebimbangan kepada kaedah pembelajaran pelajar-pelajar sekolah samada peringkat rendah dan menengah hari ini kerana kebanyakannya bergantung sepenuhnya samada kepada Handphone, computer, tab, TV dan internet.

Semuanya memerlukan peralatan yang secara langsung menidakkan hak-hak mereka yang tidak berkemampuan. Serom juga melahirkan kebimbangan mengenai kualiti akademik dan sosial yang pastinya akan terjejas tanpa mengira latarbelakang keluarga samada B40, M40 atau T20 sendiri khususnya jika pandemik Covid-19 berlanjutan untuk tempoh yang lebih lama.

Maka Serom ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk melihat kepada pelbagai pilihan, strategi dan sistem sokongan yang ada didalam merangka mekanisma baru sistem pendidikan. Pelbagai kategori dan kaedah pembelajaran pelajar yang terangkum didalam student learning time(SLT) dengan izin yang baru perlu dikenalpasti sbg ganti kepada kaedah hari ini.

Pembelajaran di kelas boleh diganti dengan dengan diselitkan pembelajaran secara outdoor misalnya boleh dirangka. Sistem penilaian pelajar juga disusun semula agar lebih fleksibel.

Serom mencadangkan agar khidmat nasihat dari pakar-pakar pendidikan mengenai teknik-teknik baru pembelajaran ini perlu segera diusahakan.

Mungkin boleh distrategikan seperti peribahasa belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. Didalam kaedah pembelajaran ini jika boleh diusahakan agar sesekali melakukan pekerjaan, dua tiga hasrat akan tercapai.

YB Dr Faizul Amri Adnan
Adun Serom

Petikan Ucapan Belanjawan Johor 2021