‘Belasah’ duit setiap bulan, bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman

‘Belasah’ duit setiap bulan, bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman

‘Belasah’ duit setiap bulan, bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman. Seorang bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman selama tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada syarikat kontraktor.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek dipercayai dibayar syarikat tersebut bagi membantu mendapatkan tender kontrak kerja-kerja pembersihan bernilai RM3.1 juta di utara tanah air.

“Perintah reman sehingga 30 Januari itu dikeluarkan oleh majistret Nadia Othman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuat permohonan tersebut pagi ini,” menurut kenyataan SPRM.

'Belasah' duit setiap bulan, bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Sabah kira-kira pada jam 2 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Tertuduh dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan dari Julai 2019 sehingga Mac 2021 daripada syarikat kontraktor dalam membantu mendapatkan tender penswastaan pengumpulan sisa pepejal dan pengurusan pembersihan awam di wilayah Utara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.