Belanjawan 2021: PH tewas dalam undi belah bahagi pertama

Belanjawan 2021: PH tewas dalam undi belah bahagi pertama

Rang Undang-Undang (RUU) Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa perbelanjaan pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM) diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Hasil pengundian menyaksikan 105 menyokong dan 95 menentang, manakala 20 ahli parlimen tidak hadir.

Mereka yang tidak hadir di bangku kerajaan semasa pengundian kira-kira jam 2 petang hari ini ialah bekas perdana menteri Najib Razak (BN-Pekan), Presiden Umno, Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Selain Masir Kujat (PSB-Sri Aman), Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong), Michael Teo (PKR-Miri), Christina Liew (PKR-Tawau) dan lapan anggota parlimen Warisan turut tidak hadir.

Terdahulu, Ketua Whip PKR Johari Abdul mencadangkan undi belah bahagi, selepas tamatnya perbahasan peringkat jawatankuasa bagi peruntukan pengurusan dan pembangunan untuk Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu disokong sekurang-kurangnya 15 anggota parlimen lain, yang merupakan jumlah minimum bagi membolehkan proses itu dibuat.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kemudian membenarkan permintaan itu dan menangguhkan sidang selama 20 minit untuk proses undian.

 

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/553137