Bekas menteri persoal harga ikan naik ‘mencanak’

Bekas menteri persoal harga ikan naik ‘mencanak’

Bekas menteri persoal harga ikan naik ‘mencanak’.

Selepas kita berhadapan dengan kenaikan harga ayam serta krisis bekalan beberapa jenis sumber makanan, kini harga ikan pula dikatakan sedang melonjak naik, kata Salahuddin Ayub bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani.

Adalah difahamkan, bahawa kenaikan harga ikan adalah disebabkan oleh faktor kekurangan bekalan, serta jumlah pekerja yang semakin berkurang ekoran tenaga buruh yang berkurangan semenjak sempadan negara ditutup sebelumnya, menyebabkan tidak ramai nelayan boleh turun ke laut dan berkuranglah hasil tangkapan, katanya.

Kita amat berharap supaya ada makluman khusus berkaitan sektor perikanan ini bagi memastikan bekalannya cukup, harganya terkawal, supaya tidak menjejaskan golongan nelayan.

Apatah lagi dengan ketidaktentuan cuaca pada masa kini yang mungkin menjejaskan lagi keadaan apabila tiba musum tengkujuh.