Bekas Menteri gesa kerajaan pantau harga barang sepanjang Ramadan, Syawal

Bekas Menteri gesa kerajaan pantau harga barang sepanjang Ramadan, Syawal

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berharap kerajaan terus konsisten melakukan pemantauan harga barangan di pasaran melalui Ops Pantau 2022 terutama sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

Bekas Menteri gesa kerajaan pantau harga barang sepanjang Ramadan, Syawal

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) itu berkata kawalan harga barangan itu perlu berpandukan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang membabitkan 12 barangan bawah kategori ayam, telur ayam dan sayur-sayuran.

Bekas Menteri gesa kerajaan pantau harga barang sepanjang Ramadan, Syawal

“Bulan Ramadhan kini menjelang, serta dalam tempoh kurang dari sebulan musim perayaan pula akan tiba.

“Susulan negara kita juga sudah beralih kepada fasa endemik dan sempadan juga sudah mula dibuka, maka ada kemungkinan berlakunya kenaikan harga barangan dan makanan disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat,” katanya yang juga ADUN Simpang Jeram dalam satu kenyataan hari ini.

Melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 pada Februari lalu, kerajaan menetapkan enam jenis barangan harga terkawal membabitkan kategori hasil laut, barangan kering dan daging babi.

Bagi telur ayam semua gred sebagai contoh, harganya kekal seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 31 Januari lalu.

Di bawah SHMKM, harga runcit sebiji telur ayam di Semenanjung ialah 44 sen (Gred A), 42 sen (Gred B) dan 40 sen (Gred C) manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah bergantung kepada kawasan.

Pelaksanaan kedua-dua harga itu berkuatkuasa pada 5 Februari hingga 5 Jun 2022.

Turut baca

Tonton juga