Bekas Menteri beritahu, Malaysia ketinggalan dalam bab pengurusan cara kerja baharu

Bekas Menteri beritahu, Malaysia ketinggalan dalam bab pengurusan cara kerja baharu

Salahuddin Ayub ahli Parlimen Pulai dan bekas menteri Asas Tani berpendapat elaun perjalanan tidak wajar dikurangkan atau dipotong.

Sebaliknya ia perlu digantikan sebagai insentif daripada majikan kepada pekerja bagi kegunaan kos lain seperti Internet, bil elektrik, peralatan tertentu, dan sebagainya, katanya.

Malaysia agak ketinggalan dalam bab pengurusan mengenai cara kerja baharu seperti Bekerja Dari Rumah.

Sedangkan di AS, dua pertiga majikan telah pun menyatakan bahawa konsep bekerja dari rumah atau hibrid adalah ‘norma baharu’ dan kita wajar menyesuaikan diri.