Bekas guru disiplin dipenjara 7 tahun, 1 sebatan kerana amang seksual

Bekas guru disiplin dipenjara 7 tahun, 1 sebatan kerana amang seksual

Bekas guru disiplin dipenjara 7 tahun, 1 sebatan kerana amang seksual. Seorang bekas guru disiplin sebuah sekolah menengah di Sandakan, Sabah dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan kerana didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan kira-kira tiga tahun lalu.

Bekas guru disiplin dipenjara 7 tahun, 1 sebatan kerana amang seksual

Hakim Mahkamah Sesyen, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Faiz Ismail, 33, bermula tarikh sabitan semalam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, iaitu melakukan amang seksual dengan meraba payu dara seorang pelajar perempuan yang ketika itu berusia 17 tahun 11 bulan pada 7 pagi sekitar Julai 2019, di bilik kaunseling sebuah sekolah menengah di Sandakan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mark Kenneth Netto, manakala tertuduh diwakili peguam Hamid Ismail.