Bayi 3 bulan di Sumatera Utara boleh bercakap tular

Bayi 3 bulan di Sumatera Utara boleh bercakap tular

Bayi 3 bulan di Sumatera Utara boleh bercakap tular

Seorang bayi berumur tiga bulan menjadi tular di media sosial Indonesia apabila video yang menunjukkan dia bercakap dimuat naik di laman TikTok, lapor portal berita Suara, hari ini.

Rakaman video bayi lelaki bernama Abizar itu dimuat naik oleh ibunya, Devi ketika wanita itu bertanya sama adan anak itu mahu minum susu.

“Abizar mahu minum susu?” tanya Devi.

“Enggak,” jawab si bayi.

“Betul tidak mahu minum susu,” tanya si ibu lagi.

“Mahu,” kata anaknya secara spontan.

Aksi luar biasa Abizar itu mengejutkan pengguna media sosial yang menganggap bayi tersebut sebagai satu keajaiban.

Menurut Devi yang tinggal di Desa Sidomulyo, Kecamatan Pulo Bandring, Kota Kisaran, Kabupaten Asahan, Sumatera Utara, dia tidak menyangka video yang dimuat naik sebagai kenangan bersama anak sulungnya itu mendapat perhatian luar biasa.

Tambahnya, disebabkan video itu, dia menerima pelbagai tawaran daripada produk bayi yang mahu bekerjasama dengan Abizar.

“Semoga ada rezeki untuk anak saya. Saya tidak sangka video itu menjadi tular hingga ada pihak yang mahu bekerjasama dengan anak saya,” jelas Devi.

Sehingga kini, video ‘perbualan’ Abizar dengan ibunya itu sudah mendapat lebih 20 juta tontonan. – Agensi