Baru pertama kali nak niaga di bazar tapi diuji pula…

Baru pertama kali nak niaga di bazar tapi diuji pula…
Apabila tiba bulan Ramadan, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk berniaga walaupun kadang kala terpaksa berdepan dengan pelbagai ujian.
Ada kala, peniaga terpaksa menanggung kos kerugian apabila barang yang dijual tidak laku atau rosak.
Hal hampir sama dengan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Adamhaqim98 apabila diuji dengan kesemua air balang yang hendak dijualnya habis tumpah.
Dalam video dimuat naik itu, memaparkan balang airnya pecah akibat terjatuh mejanya tiba-tiba runtuh dipercayai kerana kurang kukuh.
Difahamkan, ini kali pertama Adamhaqim98 bersama dua lagi orang rakannya ingin berniaga di bazar Ramadan tersebut namun terkedu apabila kejadian seperti ini menimpa mereka.
Turut baca
- Dua beranak maut terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan
- Susulan penemuan mayat wanita dalam gaung, tiga termasuk seorang remaja perempuan 18 tahun ditahan
- Gadis maut dipukul teman lelaki, ini terjadi selepas itu…..
Menurutnya, mereka bertiga baru belajar untuk berniaga jadi kurang pakar dalam memilih barangan yang sesuai.
“Punca sebab kaki meja tak kuat. Runtuh meja. Kami baru mula berniaga jadi noob la sikit. Waktu beli kaki meja dah tanya orang tu, dia cakap sesuai untuk air balang. Kami pun ambil jela,” luahnya di dalam video tersebut.
Reda akan ujian yang diterimanya itu namun tidak mematahkan semangat mereka untuk kembali berniaga air balang.
Tonton juga