Bapa terkejut jumpa anak lelaki 11 tahun terbaring kaku disyaki jatuh tingkat 4

Bapa terkejut jumpa anak lelaki 11 tahun terbaring kaku disyaki jatuh tingkat 4

Bapa terkejut jumpa anak lelaki 11 tahun terbaring kaku disyaki jatuh tingkat 4. Seorang bapa terkejut sebaik menjumpai anak lelakinya berusia 11 tahun yang terbaring kaku selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Puncak Alam, di sini hari ini.

Bapa terkejut jumpa anak lelaki 11 tahun terbaring kaku disyaki jatuh tingkat 4

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9 pagi tadi.

“Bapa mangsa yang berusia 30-an memaklumkan melihat cahaya lampu dari bilik anaknya itu kira-kira pukul 2 pagi ketika ke tandas namun tidak membuat pemeriksaan lanjut kerana menyangka kanak-kanak itu sedang tidur.

“Keesokan pagi bapa mangsa turun ke tingkat bawah bangunan flat terbabit untuk membeli sarapan kira-kira pukul 8 pagi sebelum menemui susuk tubuh terbaring di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Shafa’aton, bapa mangsa terkejut susulan mendapati susuk tubuh berkenaan adalah anaknya yang dipercayai terjatuh dari kediaman mereka terletak di tingkat empat bangunan flat tersebut.

“Pasukan perubatan mengesahkan mangsa mati di lokasi kejadian dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Unit Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Siasatan awal terhadap bapa mangsa mendapati anak sulung daripada tiga beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan selain tiada masalah dalam keluarga,” katanya.

Jelasnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya.

 

Turut baca