Banjir Baling : Sanusi ‘naik angin’ setelah dikritik NGO

Banjir Baling : Sanusi ‘naik angin’ setelah dikritik NGO

Banjir Baling : Sanusi ‘naik angin’ setelah dikritik NGO.

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor mempertahankan penjelasannya bahawa fenomena kepala air mengakibatkan banjir besar di Baling, selepas sebuah NGO alam sekitar menyifatkan beliau tidak patut menganggapnya sekadar bencana alam.

Sanusi yang menyifatkan Sahabat Alam Malaysia (SAM) sebagai “armchair critic” berkata, penjelasan diberikannya itu adalah berdasarkan pandangan pakar dan bukannya akaun media sosial yang meragukan atau palsu.

“Mereka membuat kenyataan dari dalam pejabat, melihat gambar dan video yang dimuat naik di media sosial tanpa diketahui sumber.

Banjir Baling : Sanusi 'naik angin' setelah dikritik NGO

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata beliau telah mengarahkan kerja dihentikan di sebuah dusun durian yang diluluskan oleh pentadbiran terdahulu.

“Saya ada di sini (Baling). Saya terbang ke sini menaiki helikopter dan melihat sendiri kawasan bukit dan sungai. Saya juga membaca semua laporan agensi kerajaan termasuk jabatan geosains,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, SAM berkata Sanusi tidak patut menyifatkan banjir itu sekadar bencana alam, sebaliknya mengambil tindakan terhadap aktiviti pembalakan di kawasan sekitar.

Presidennya Meenakshi Raman berkata, fenomena kepala air tidak patut digunakan sebagai alasan mudah sedangkan gambar menunjukkan pokok dan kayu balak ditenggelami air berlumpur.

Beliau turut membangkitkan satu video memaparkan durian Musang King ditanam di Gunung Inas, iaitu tidak jauh dari lokasi banjir, dengan kawasan itu dikatakan jelas telah dibersihkan.

Selain itu, Sanusi berkata, dua bulan selepas menjadi menteri besar, beliau telah mengarahkan syarikat berkenaan menghentikan projek tanaman durian itu.

Katanya, kerajaan terdahulu telah meluluskan projek berkenaan, dan beliau sendiri tiada sebarang kepentingan terhadapnya.