Bajet 2023 tidak ada makna jika Parlimen bubar – Salahuddin

Bajet 2023 tidak ada makna jika Parlimen bubar – Salahuddin

Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan menyifatkan pembentangan Bajet 2023 tidak ada makna jika Parlimen dibubarkan.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bajet itu sepatutnya direalisasikan terlebih dahulu sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Adakah Bajet 2023 akan menjadi satu kenyataan kerana isunya adalah ketidakpastian bila Parlimen dibubarkan. Kalau benar bajet ini berorientasikan rakyat, ia mesti diizinkan untuk dibahaskan.

“Kami pembangkang telah berikan perjanjian melalui memorandum persefahaman (MoU) sebelum ini supaya ada masa cukup untuk Perdana Menteri membina kembali negara, bukan bergelut ataupun menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk Parlimen dibubarkan apatah lagi cuaca seminggu dua ini memang tidak menentu akibat monsun.

“Jadi, bajet ini tidak ada makna sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, katanya katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen.