Bagi mengurangkan pegangan, KWSP jual 481,000 saham Serba Dinamik pula

Bagi mengurangkan pegangan, KWSP jual 481,000 saham Serba Dinamik pula

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melupuskan lagi 481,000 saham dalam Serba Dinamik Holdings Bhd pada 4 Jun lalu, mengurangkan pegangan sahamnya dalam kumpulan perkhidmatan minyak dan gas itu kepada 9.90 peratus.

Dana itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, sebelum ini ia menjual 955,200 saham miliknya dalam kumpulan itu di pasaran terbuka pada 2 dan 3 Jun lalu.

Bagaimanapun, KWSP kekal sebagai pemegang saham utama dalam syarikat berkenaan dengan 367,411 juta saham.

Dilaporkan bahawa dana persaraan amat mengambil berat perkembangan yang berlegar di sekitar Serba Dinamik termasuk isu audit yang dibangkitkan oleh juruauditnya, KPMG.

Pada penutup hari ini, saham Serba Dinamik naik 2.40 peratus kepada 64 sen dengan 98.18 juta saham bertukar tangan.

-BERNAMA

COMMENTS