Bagaimana nasib Muhyiddin dan Azmin bila Umno dah menyampah terhadapnya?

Bagaimana nasib Muhyiddin dan Azmin bila Umno dah menyampah terhadapnya?

Karier politik Muhyiddin dan Azmin

Hari tu aku ada tulis yang Umno punya calculated risk (bercerai dengan Bersatu) akan berhasil positif. Sebelum aku goreng pasal ni, menarik juga kalau kita boleh tengok-tengok nasib karier politik Muhyiddin dan Azmin selepas PRU15 nanti.

Seperti yang kita tahu, PRU adalah antara salah satu talian hayat jatuh bangun seseorang ahli politik. Apatah lagi jika mereka tidak berada dalam parti yang memerintah, atau parti dominan dalam kerajaan.

Jom kita tengok sikit kerusi Pagoh dan Gombak – dengan anggapan penyandang akan kekal di kerusi yang sama.

Pagoh

Bagaimana nasib Muhyiddin bila Umno dah menyampah dan tak sokong beliau dalam PRU15?

Semasa bertanding dalam PRU 14 di bawah PH (guna logo PKR), Muhyiddin masa tu adalah figure besar dalam PH, Presiden Bersatu, bekas TPM, incumbent kerusi Pagoh, dan mangsa kepada percaturan politik Najib/Umno. Dengan semua faktor calon ini, Muhyiddin dapat 23,558 undi manakala Umno dalam keadaan di titik terendah dapat secure 16,631 undi. Pas cuma dapat 2,483 undi, baham tanah hilang deposit.

Dari manakah datangnya undi Muhyiddin ini?

1. Undi teras PR/PH. Dalam PRU13, undi yang PR (Pas) dapat ialah sebanyak 13,432 undi.

2. Undi dari penyokong Umno dan atas pagar yang berpindah kepada Muhyiddin/PH. Umno dapat 21,028 undi dalam PRU12 dan 26,274 undi dalam PRU13, tapi merosot kepada 16,631 undi dalam PRU14. Maksudnya swing undi kepada Muhyiddin/PH agak signifikan iaitu lebih kurang 10,000. (Dari faktor keseluruhan dalam PRU14, aku berpendapat undi swing ini adalah disebabkan faktor individu/calon).

3. Undi bukan Melayu. Peratus pengundi Melayu di Parlimen Pagoh masa PRU14 ialah 66% dan Cina lebih kurang 30%.

Di usia 73 tahun, Muhyiddin kini telah menjadi musuh kepada PH dan Umno. Dalam PRU15 nanti, jika Muhyiddin bertanding atas tiket PN, Muhyiddin akan kehilangan undi teras PH dan undi teras Umno, termasuk pengundi atas pagar yang meluat dengan pengkhianatan Muhyiddin, dengan syarat formula kempen PH mengena.
Jika berlaku tiga penjuru PN/PH/BN, aku rasa Muhyiddin akan baham tanah juga kecuali PN pakai sihir duit di saat akhir.

Gombak

Semasa bertanding dalam PRU 14 di bawah PH (guna logo PKR), Azmin masa itu adalah Timbalan Presiden PKR dan MB Selangor iaitu negeri paling cemerlang PH. Azmin dapat 75,113 undi manakala Umno dapat 26,392 undi. Selama ini aku ingat Gombak adalah antara kerusi Pas terkuat di Selangor. Rupa-rupanya Pas cuma dapat 17,537 undi dari 119 ribu pengundi (14.7% je).

Kerusi Gombak ni menarik sebab masa PRU13, PKR menang dengan 54,827 undi manakala Umno masa tu dapat 50,093 undi.

Majoriti 4,800 sahaja. Maksudnya swing pengundi atas pagar dari Umno kepada PH dan Pas masa PRU14 adalah lebih dari 20,000 undi, dan yang penting kita dapat kenal pasti berapa jumlah undi teras Pas di Gombak.

Azmin kini telah menjadi musuh kepada PH dan Umno. Dalam PRU15 nanti, kalau Azmin bertanding atas tiket PN, pengundi Pas dan ex-PKR mungkin akan beralih kepada beliau. Tapi jika berlaku pertandingan tiga penjuru PN/PH/BN dan undi Melayu berpecah kepada tiga, dan katakan PH diwakili oleh Husam Musa, hmmm aku rasa Azmin akan baham tanah di Gombak.

Ini belum lagi cerita kerusi Larut, Ampang, Bandar Tun Razak, Tambun, Titiwangsa (berani dia nak lari ke Sepang, dan kerusi-kerusi Umno yang melompat kepada Bersatu…

Padanlah bila Umno lafaz cerai taklik hari tu, Muhyiddin dan Azmin bak kata Duta Timur Tengah, selam kepala dalam pasir macam burung kasuari. Nampak macam berdengung kepala kejap. Hari ni Azmin cuba nak berunding 13 kerusi kritikal dengan Umno kononnya nak slow talk lah kot. Apa yang Azmin cuba address hanyalah isu teknikal, walhal masalah antara Umno dan Bersatu ialah isu fundamental.

Al-Fatihah untuk Muhyiddin dan Azmin. Jika Muhyiddin dan Azmin nak selamat di dunia, cubalah nego kerusi Marang.

Sumber :