Bagaimana nak elak ‘Mabuk Kereta’ disepanjang perjalanan, ini rahsianya

Bagaimana nak elak ‘Mabuk Kereta’ disepanjang perjalanan, ini rahsianya

Bagaimana nak elak ‘Mabuk Kereta’ disepanjang perjalanan, ini rahsianya.

‘Mabuk kenderaan’ sebenarnya dikenali sebagai ‘motion sickness’. Ia kebiasannya berlaku kepada penumpang kenderaan seperti kereta, bas, keretapi dan juga kapal terbang. Namun kali ini  ingin ditumpukan kepada ‘mabuk kereta’.

Bagaimana nak elak ‘Mabuk Kereta’ disepanjang perjalanan, ini rahsianya

SIMPTOM

Sebelum mengikuti apakah tip terbaik untuk mengatasi masalah ‘mabuk kereta’ terlebih dahulu jom kita kenali simptom yang boleh dialami. Berikut simptom mereka yang alami ‘mabuk kereta’.

  • Peluh sejuk (cold sweats)
  • Pening kepala
  • Lemah
  • Sakit kepala
  • Tidak selesa
  • Tak boleh tumpukan perhatian
  • Air liur berkumpul di dalam mulut
  • Muntah
  • Pucat

TIP ATASI MABUK KERETA

Berdepan ‘mabuk kereta’ bukan sahaja membuatkan diri berasa tidak selesa tetapi boleh merencatkan perjalanan itu sendiri. Jadi untuk elak perkara ini berlaku terdapat beberapa tip yang boleh membantu anda.

1. Jika mula rasa mual dan ‘mabuk’ bukalah tingkap buat seketika dan dapatkan udara luar
2. Buat mereka yang mudah ‘mabuk kereta’ elak membaca atau menggunakan telefon pintar dalam masa yang lama ketika kereta bergerak
3. Jika bertolak pada waktu pagi, pilihlah makanan sesuai ketika bersahur. Elak makanan yang mudah membuatkan anda loya dan mual
4. Untuk elak rasa loya anda boleh sediakan makanan seperti asam, makanan berhalia, gula-gulapudina dan gula-gula getah
5. Sepanjang perjalanan berhentilah dengan kerap untuk berehat seketika
6. Jangan guna pewangi kereta yang baunya terlalu kuat
7. Tidur sepanjang perjalanan
8. Jangan brek mengejut dengan terlalu kerap
9. Buat mereka mudah ‘mabuk kereta’ duduklah di bahagian penumpang jadapan
10. Pandang secara lurus sentiasa
11. Jika terlalu teruk boleh sediakan ubat seperti antihistamin atau scopolamines seperti yang dipreskripsi oleh doktor

Semoga beberapa tip ini dapat membantu anda dah keluarga mengelak daripada berdepan masalah ‘mabuk kereta’ untuk perjalanan yang lebih selesa.