Bagaimana masa depan Felda ?

‘ Tengku tak nak cari mem baru ke?
Sengaja jolok beliau.
‘ Saya ni dah tua. 83 tahun ha ha’
Kata Tengku Razaleigh sambil ketawa.
Bersama beliau memang menghiburkan. Serius diselang seli jenaka. Bersembang dengannya, tau tau dah hampir 2 jam tapi sarat dengan isi.
Bagaimana masa depan Felda?
Adakah kekal dengan komoditi seperti sawit dan getah; atau ada alternatif lain?
Dia lontarkan, untuk membuka minda saya, Dr Rosli Yaakop selaku bekas pegawai kanan Bank Negara, YB Muhamad Said Jonit, mantan pegawai kanan Felda, YB ir Khairudin, YB Fakrurrazi, YM Ungku Mohd Nor dan Sdr Ramli Abd Hamid yang turut hadir ke kediaman beliau 11 nov lalu.
Zaman PH dulu, ada kolaborasi antara Kementerian Pertanian& Industri Asas Tani(MOA) dan Kementerian Halehwal Ekonomi. LPP ambil inisiatif bawa Tun Daim ke Felda Lurah Bilut, Gugusan Trolak dan Sg Tengi.
Saya cadang agar tanam nenas MD2 semasa tanam semula, boleh dapat 2 musim. Ia boleh kurangkan hutang tanam semula peneroka. Bincang sampai tahap pengurusan tertinggi Felda.
Datuk Seri Salahudin mohon rm50 juta dengan DS Azmin Ali(peruntukan Program Pembangunan Peneroka PPP) untuk bantu projek di kawasan Felda melalui kepakaran agensi bawah MOA.
Projek pertanian, ternakan, industri hiliran memang dibincang dan diperhalusi. Tapi seperti yang selalu saya katakan, kerenah birokrasi menjadi penghalang.
Justeru, saya setuju dengan kenyataan TS Muhyidin Yasin baru baru ini proses penyampaian maklumat dan tindakan susulan dari dasar2 kerajaan mesti dibuat penambahbaikan dan ada KPI. Jika tidak, dasar yang baik macamana sekalipun, jika tidak dibuat dan memakan masa terlalu lama pasti mengecewakan rakyat.
Yang menerima kecaman teruk adalah Kerajaan, walhal ada mistake serta kelemahan dipihak kumpulan pelaksana.
Majlis Permuafakatan Ngo2 Felda(MPNF) akan mengumpul pakar2 terdiri dari anak2 Felda, bekas kakitangan Kanan Felda, profesional dan lain lain untuk memberikan input/cadangan model pembangunan/pengurusan Felda dalam waktu terdekat.
Tokoh2 seperti YM Tan Sri Raja Alias, Dr Rosli Yaakop, Dato’ Dzulkifli Wahab, YB Muhamad Said Jonit dan ramai lagi amat diperlukan idea dan pengalaman mereka demi kepentingan hampir 2 juta warga Felda.
Terimakasih YBM Tengku Razaleigh Hamzah atas pandangan bernas dan keprihatinan beliau terhadap Felda.
#Ngo Malaysia Baru
#Majlis Permuafakatan Ngo Felda(MPNF)
#Ngo Pertubuhan Gerak Tani