“Apo Kono Eh Jang…” Gaduh guna bunga api, 10 lelaki ditahan di Seremban

“Apo Kono Eh Jang…” Gaduh guna bunga api, 10 lelaki ditahan di Seremban

“Apo Kono Eh Jang…” Gaduh guna bunga api, 10 lelaki ditahan di Seremban.

Polis menahan 10 lelaki awal pagi tadi dipercayai melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri, di Taman Bandar Prima Senawang, di sini, seperti tular dalam Facebook.

Ketua Polis Seremban Nanda Maarof, berkata kesemua individu berusia 19 hingga 42 tahun itu ditahan, pada 4.40 pagi, di sekitar daerah ini dan direman selama tiga hari sehingga 9 Mei.

"Apo Kono Eh Jang..." Gaduh guna bunga api, 10 lelaki ditahan di Seremban

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berlaku 2 Mei lalu, pada sekitar tengah malam.

“Turut dirampas sejumlah besar bunga api dan mercun dengan siasatan lanjut masih dijalankan. Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi 29 saat di Facebook yang memaparkan sekumpulan lelaki melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri.