Apa jadi RUU anti-lompat parti kalau Parlimen bubar sebelu diluluskan – Hassan Karim

Apa jadi RUU anti-lompat parti kalau Parlimen bubar sebelu diluluskan – Hassan Karim

Seorang Ahli Parlimen pembangkang menyuarakan kebimbangan Parlimen akan dibubarkan sebelum rang undang-undang (RUU) anti-lompat parti diluluskan.

“Apa yang akan terjadi dengan RUU itu jika Parlimen dibubarkan sebelum ia diluluskan?” soal Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) ketika membahaskan undang-undang berkenaan.

“Adakah cukup masa untuk meluluskan RUU itu di kedua-dua Dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara), selain menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diberikan perkenan diraja?”

Hassan menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi jaminan bahawa pembubaran Parlimen tidak akan menghalang undang-undang itu digubal.

Penggal Parlimen kini adalah sehingga 16 Jul tahun depan.

Perjanjian politik ditandatangani antara kerajaan Ismail dengan Pakatan Harapan (PH) pada September lalu menyatakan pilihan raya umum tidak boleh diadakan sebelum 31 Jul. Ini turut bererti Parlimen tidak boleh dibubarkan sebelum tarikh itu.

Terdahulu hari ini, Ismail berkata, Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa selepas 31 Jul kerana kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan memorandum persefahaman dengan PH itu.