Anwar yakin rakyat Sabah telah mual, muak dengan pemimpin sedia ada

Anwar yakin rakyat Sabah telah mual, muak dengan pemimpin sedia ada

Anwar yakin rakyat Sabah telah mual, muak dengan pemimpin sedia ada. Jelajah Mega Harapan mengakhiri jelajah ke negeri Sabah kali ini di Sulaman Sentra, Sepanggar.

Saya menegaskan bahawa Sabah harus bangkit setara dengan Semenanjung Malaysia agar kemakmuran dapat dikecapi bersama. Sabah terus terpinggir dari arus pembangunan meski dikurniakan dengan khazanah alam dan bumi yang pelbagai.

Masalah akses kepada sistem kesihatan yang baik, infrastruktur yang munasabah serta kualiti dan mutu pendidikan mesti menjadi fokus utama kerajaan Harapan kelak. Saya yakin rakyat Sabah telah mual dan muak dengan pemimpin-pemimpin Sabah yang kononnya memperjuangkan kepentingan Sabah tetapi realitinya tidak.

Saya percaya warga Sabah mahu melakukan perubahan yang bermakna dengan memilih Harapan pada 19 November ini!

Kita mesti menang!