Anwar diseru tidak bersandar dibahu kleptokrat, segera perkukuh blok pembangkang

Anwar diseru tidak bersandar dibahu kleptokrat, segera perkukuh blok pembangkang

Lima pemimpin parti pembangkang menyeru agar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sama sekali tidak bermuafakat dengan kleptokrat ketika menghampiri Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi kenyataan bersama, mereka menegaskan blok besar oposisi perlu diperteguh dalam menangani krisis tiga serangkai iaitu ekonomi, kesihatan dan politik.

“Mendepani cabaran berangkai ini, kami menyeru agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukuhkan blok besar pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat.

“Sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak perlu dibina berdasarkan asas ini.

“Kita perlu menggembleng usaha dan menumpukan kekuatan bersama sebagai satu suara untuk mengangkat agenda rakyat demi kelangsungan hidup semua,” tegas kenyataan itu lagi. | MD