Angka Covid-19 tak turun-turun. Kenapa ?

Angka Covid-19 tak turun-turun. Kenapa ?

MERAK Jalanan terpaksa mengakui sangat risau dengan jumlah kes positif koronavirus (Covid-19) ketika ini.

Nampaknya sehingga kini belum ada tanda-tanda angka kes Covid-19 di seluruh negara akan turun kepada dua atau satu angka.

Gelombang ketiga virus Covid-19 mula mengganas sejak awal September lalu menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang dan Sabah sejak 14 Oktober lepas.

Bagaimanapun, selepas lebih sebulan nampaknya, graf kes Covid-19 masih belum menunjukkan penurunan, malah jauh sekali untuk dilandaikan seperti bulan Jun, Julai dan Ogos lalu.

Penularan kes ke beberapa negeri lain menyebabkan lebih banyak negeri terpaksa melalui PKPB sejak 8 November lalu.

Angka harian melebih 1,000 kes telah direkodkan selama lebih 10 hari sejak bulan lalu.Persoalannya, apakah PKPB jalan terbaik untuk membanteras Covid-19 atau kerajaan perlu lebih bertegas dengan menguatkuasakan semula PKP.

Tapi memang amat difahami PKP kali kedua akan membunuh lebih banyak perniagaan di Malaysia.

Lebih banyak industri dan individu akan terkesan jika kegiatan ekonomi Malaysia sekali lagi ‘dihentikan’, namun jika kes harian Covid-19 masih kekal dengan angka empat digit, kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara perlu mencari strategi baharu.

Berbeza dengan gelombang kedua yang lebih mudah dikawal kerana sebahagian besarnya disumbang oleh Kluster Sri Petaling, cabaran besar gelombang kali ini kerana klusternya yang pelbagai

Kerajaan dan ‘frontliners’ tidak boleh berputus asa kerana usaha meratakan graf Covid-19 sangat penting sementara menanti vaksin koronavirus.

 

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110688/SUARA-SINAR/Pojok/Kenapa-angka-Covid-19-tak-turun-turun