Anak pangku ibu tengah jalan lepas dilanggar lari, buat ramai sayu

Anak pangku ibu tengah jalan lepas dilanggar lari, buat ramai sayu

Anak pangku ibu tengah jalan lepas dilanggar lari, buat ramai sayu. Luluh hati seorang anak melihat sosok ibunya terbaring lemah di tengah jalan selepas wanita itu menjadi mangsa langgar lari.

Dia bernama Muhd Azzanur telah memuat naik beberapa keping gambar dan video sewaktu kejadian yang dipercayai berlaku di hadapan rumah sembelih, Sungai Manggis.

Menerusi hantaran itu, Azznur dilihat sedang memangku ibunya di atas riba dalam keadaan berlumuran darah sebelum dibawa ambulans bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada saksi, pelaku tak bertanggungjawab itu menaiki kereta Axia berwarna ‘silver’ dari arah Banting menghala ke arah dengkil.

Dalam waktu sama, dia turut meminta bantuan daripada warga netizen untuk menjejak pemandu berkenaan.

Susulan insiden, emaknya berada dalam keadaan kritikal patah tulang rusuk, pendarahan otak serta mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut.

Sayu melihat detik kejadian, warga netizen harap ibunya diberi kesembuhan selain menggesa pihak berwajib untuk mengambil serius isu ini dan segera menjejak pelaku berkenaan.