Anak muda perlu ‘tolak’ isu perkauman dimainkan orang politik – Salahuddin

Anak muda perlu ‘tolak’ isu perkauman dimainkan orang politik – Salahuddin

Wahai anak muda,

Jangan kamu termakan isu perkauman yang jelek dimainkan oleh orang-orang politik yang mementingkan kuasa semata-mata melebihi kepetingan rakyat dan sanggup memperjudikan keamanan negara.

Ketahuilah Islam itu adalah agama yang rahmah. Yang menggalakkan kita berkasih sayang. Al-Quran mengajar kita untuk saling kenal-mengenal antara satu sama lain bukan bermusuhan.

Ambillah pengajaran daripada sirah bagaimana Nabi Muhammad SAW memeterai Piagam Madinah bersama kaum dan bangsa yang berbilang bukan hanya dengan menonton filem Mat Kilau yang berteraskan fiksyen.

Wahai anak muda,

Masa depanmu panjang. Jangan gopoh dalam bertindak kelak masa depan tergadai. Ingatlah, sekiranya umur 18 tahun boleh diberikan tanggungjawab mengundi, umur 18 tahun juga boleh berdepan dengan kesalahan jenayah yang bakal menanti.

Datuk Seri Salahuddin Ayub
Timbilan Presiden AMANAH Nasional