Anak 10 tahun pandu kereta undang padah, ibu bapa serah diri pada polis

Anak 10 tahun pandu kereta undang padah, ibu bapa serah diri pada polis

Anak 10 tahun pandu kereta undang padah, ibu bapa serah diri pada polis.

Suami isteri menyerah diri di ibu pejabat polis daerah (IPD) Pontian, hari ini, susulan video tular kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun memandu kereta.

Anak 10 tahun pandu kereta undang padah, ibu bapa serah diri pada polis

Ketua Polis Pontian, Mohammad Shofee Tayib, berkata Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik (BSPT) IPD Pontian mengesan video tular bertarikh 10 Mei lalu di Facebook, selepas dikongsi oleh sebuah akaun.

Katanya, video itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang memandu Perodua Kancil berwarna merah yang turut terdapat dua kanak-kanak lain, masing-masing berusia enam dan tiga tahun yang duduk di bahagian hadapan.

“Berikutan kejadian itu, BSPT menjalankan risikan terperinci dan mendapati kejadian itu berlaku jam 7 pagi Selasa lalu (10 Mei) di Pekan Nanas ketika sedang bersiap untuk ke sekolah.

“Video berkenaan dipercayai dirakam oleh anak perempuan wanita terbabit yang berusia 11 tahun menggunakan telefon miliknya,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Shofee berkata, susulan itu ibu bapa dan tiga anak lain tampil serah diri ke IPD, 10 pagi tadi.

Katanya, ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui akaun TikTok yang memaparkan video itu juga miliknya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan di bawah umur boleh didakwa bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001.

“Selain itu, pemilik kenderaan yang juga ibu atau bapa kanak-kanak berkenaan boleh disaman di bawah Seksyen 39 (5) APJ 1987, ” katanya.