Amerika Syarikat dijangka mengeluarkan vaksin Covid19 10 disember ini

Amerika Syarikat dijangka mengeluarkan vaksin Covid19 10 disember ini

Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS) Moderna sedang mendapatkan kebenaran kecemasan untuk mengeluarkan vaksin COVID-19 sebelum berakhirnya tahun ini, bagi membendung peningkatan kes di negara itu dan Eropah.

Moderna melaporkan keputusan penuh dan mengesahkan keberkesanan yang tinggi iaitu dianggarkan 94.1 peratus dan dijangka bergabung dengan farmasi AS, Pfizer dan BioNTech Jerman di mana vaksin itu dijangka akan diberi kelulusan selepas 10 Disember ini.

Sekiranya Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS bersetuju bahawa produk Moderna selamat dan berkesan, dua dos vaksin pertama dapat disuntik ke berjuta-juta orang Amerika pada pertengahan bulan ini.

“Kita percaya bahawa vaksin ini dapat membantu membendung pandemik COVID-19,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel.

Setiausaha Kesihatan AS, Alex Azar berkata kepada CBS News, pihaknya menjangkakan vaksin itu akan diterima penduduk AS sebelum Krismas.

Dibangunkan bersama dengan Institut Kesihatan Nasional AS, suntikan vaksin itu dikatakan boleh diterima dengan baik, dengan kesan sampingan yang paling minimum seperti sakit di tempat suntikan, keletihan, sakit otot, sakit sendi dan sakit kepala.

Moderna menjangkakan akan mempunyai sekitar 20 juta dos vaksin, yang disebut mRNA-1273, tersedia di AS menjelang akhir tahun ini dan antara 500 juta hingga satu bilion dos untuk kegunaan global pada tahun hadapan.

Kebimbangan lonjakan jangkitan COVID-19 disuarakan pakar penyakit berjangkit AS, Anthony Fauci menjelang Hari Krismas di mana ketika ini AS antara negara yang terjejas teruk dan mencatatkan 267,000 kematian.

Negara di Eropah juga berusaha mengekang wabak itu dengan melaksanakan perintah berkurung, sekatan perjalanan dan menjalankan ujian saringan apabila kira-kira 400,000 kes kematian sepanjang pada minggu lalu.

Saintis menganggarkan sekitar 70 peratus populasi penduduk dunia perlu diberi vaksin untuk mengakhiri wabak itu tetapi menjangkakan ianya tidak mungkin dapat dicapai hingga pertengahan tahun hadapan. – AFP

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/12/760210/jangka-vaksin-dikeluarkan-sebelum-krismas