AMANAH tolak PN, Mat Sabu ‘tempelak’ Muhyiddin ‘tak sedar’ diri

AMANAH tolak PN, Mat Sabu ‘tempelak’ Muhyiddin ‘tak sedar’ diri

AMANAH tolak PN, Mat Sabu ‘tempelak’ Muhyiddin ‘tak sedar’ diri.  Presiden Amanah Mohamad Sabu menolak sebarang kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN).

Mohamad ketika dihubungi, berkata beliau menolak sebarang kerjasama berkenaan kerana gabungan itu sebahagian daripada kerajaan semasa.

“Tidak ada sebarang kerjasama PH dengan PN kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan,” katanya kepada FMT.

Beliau juga sempat menempelak Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang disifatkannya sebagai “tidak sedar” akan kedudukan beliau yang merupakan sebahagian daripada kerajaan, selain menyifatkan kegagalan kerajaan hari ini adalah kegagalan bersama PN dan Barisan Nasional (BN).

“Mungkin Muhyiddin tidak perasan dia berada di dalam kerajaan walaupun tidak lagi menjadi perdana menteri.

“Kegagalan kerajaan hari ini adalah kegagalan bersama PN dan BN,” bidas Mohamad.

Pada April lalu, Mohamad menegaskan pendekatan “khemah besar” dalam gabungan PH membabitkan parti pembangkang dan tidak melibatkan parti membentuk kerajaan, termasuk PN dan BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Hari ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli membidas kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan kenyataan beliau sebelum itu mengenai tiadanya sebarang kerjasama antara PH dan PN pada PRU15 sebagai “pandangan peribadi” sendiri.

Kata Rafizi, keputusan tidak bekerjasama dengan PN sudah dimuktamadkan PH pada mesyuarat Majlis Presiden PH, minggu lalu.

AMANAH tolak PN, Mat Sabu 'tempelak' Muhyiddin ‘tak sedar’ diri