Akui ini kerja gila, kebumikan diri dalam keranda selama 50 jam

Akui ini kerja gila, kebumikan diri dalam keranda selama 50 jam

SEBUAH video oleh YouTuber bernama MrBeast menjadi tajuk perbualan apabila bertindak menghabiskan lebih 50 jam dikebumikan di dalam keranda di bawah tanah.

“Ini adalah perkara paling gila yang pernah saya lakukan,” tulis MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson dalam kaspyen.

Rakaman video itu bermula dengan dia masuk ke dalam keranda lutsinar yang dilengkapi dengan makanan, air, selimut dan bantal.

Video berdurasi 12 minit yang diambil dari rakaman bawah tanah selama 50 jam menunjukkan Donaldson berkomunikasi dengan rakan-rakannya melalui walkie-talkie.

Salah seorang rakannya juga menjelaskan bagaimana dia bernafas di dalam keranda dan memperkenalkan seorang pegawai perubatan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Video berakhir dengan Donaldson keluar daripada tanah setelah dikebumikan selama lebih dua hari.

Video berkenaan sudah menerima lebih 55 juta tontonan setakat ini. | AA