Akibat tepuk punggung janda, penyelia direman 14 hari

Akibat tepuk punggung janda,  penyelia direman 14 hari

Akibat tepuk punggung janda, penyelia direman 14 hari. Tindakan seorang penyelia melakukan gangguan seksual terhadap pekerjanya yang merupakan ibu tunggal kepada dua anak mengundang padah apabila direman selama 14 hari.

Akibat tepuk punggung janda,  penyelia direman 14 hari

Suspek yang melakukan perbuatan itu terhadap wanita berusia 29 tahun dekat tempat kerjanya di gudang penyimpanan alat pendingin hawa ditahan polis semalam pada pukul 11 malam selepas melakukan tindakan tidak beradab itu pukul 9 pagi hari sama.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan mangsa berusia yang sedang menyusun barangan telah didatangi suspek berusia 35 tahun yang kemudian menepuk bahagian punggungnya.

Katanya, mangsa baharu tiga bulan bekerja di kilang tersebut manakala suspek telah empat tahun bekerja di lokasi sama.

“Bertindak maklumat, polis kemudiannya menahan suspek yang ketika itu sedang bekerja di kilang tersebut.

“Motif kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelas beliau, suspek kini direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.