Akibat tanya soaIan panas kepada Datuk Nora, suami, wartawan dipaksa hentikan temubuaI

Akibat tanya soaIan panas kepada Datuk Nora, suami, wartawan dipaksa hentikan temubuaI

Kira-kira sebulan yang lalu, penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin sempat mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah pun berkahwin dengan rakan baik kepada Allahyarham suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli. Walau bagaimanapun, banyak pula timbul cerita lain di sebalik rumah tangga dibina termasuklah didakwa sudah bernikah sejak 2 tahun lalu.

Sebelum ini kecoh ada individu yang mendakwa kononnya Datuk Nora suruh suami berpisah dengan isteri pertama

Akan tetapi, Datuk Nora menafikan sekeras-kerasnya semua ‘khabar angin’ tersebut. Terbaru, pasangan pengantin baru itu sempat dilihat menghadiri sebuah majlis bersama-sama. Wartawan rancangan ‘Melodi’ sempat menemubual mereka berdua tentang satu lagi dakwaan kononnya artis berkenaan memaksa si suami untuk berpisah dengan isteri pertamanya.

Datuk Nora pernah tak jumpa dengan isteri pertama? Status perkahwinan Dr dengan isteri pertama?

Ketika ditanya, selebriti berkenaan mengakui perkahwinan tersebut diadakan secara senyap kerana ia adalah kedua buatnya selain enggan terlampau kecoh. Walau bagaimanapun, pasangan berkenaan seakan-akan berdalih dan tidak menjawab soalan wartawan tersebut apabila ditanya soal isteri pertama. Ketika interview tersebut diteruskan dengan soalan tentang status hubungan, temu bual berkenaan diminta untuk dihentikan oleh pihak mereka.

Bagus wartawan ni berani…Sememangnya jujur itu mahal dan semua itu takde dalam interview ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya akan apa sebenarnya yang terjadi dan mengapa temubual tersebut terpaksa stop. Dalam pada itu, ramai juga berharap supaya soalan-soalan berkenaan dapat dijawab dengan baik.

@•𝐏𝐞𝐨𝐧𝐲 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫• :kawin tu mmg halal. tapi Malaysia ada undang² kak, isteri pertama kena tau. dah dapat pangkat Datuk pun tak reti jwab soalan

@hafieymocha:Mmg buat menda halal…tapi sblom tu buat dosa dulu…iaitu menyakitkan hati & mengkucar kacirkan rmhtngga org lain…sori ilang respect…

@Amz Min Min:buat menda halal tapi kalau menyakitkan hati org yang hidup dari awal perjalanan adalah menyakitkan hati

@dalafantaghiro:org tanya pasal A dia jawab pasal aritu menafikan kata duda

@tiktoktiktok:ak ada tgk sosmed wife pertama. semua gambar profile gambar berdua. kalo tgk mcm kena khianat dgn pasangan ni. hancur lebur impian hari tua bersama

@ohyeke?:uai dh cakap.. nk kawen dua.. kena pastikan isteri pertama tahu.. kena minta izin juga..