Akibat ‘pacak’ sesuka hati, gadis jatuh motor dilibas bendera parti

Akibat ‘pacak’ sesuka hati, gadis jatuh motor dilibas bendera parti

Akibat ‘pacak’ sesuka hati, gadis jatuh motor dilibas bendera parti. Umum sedia maklum bahawa tidak lama lagi akan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor.

Dengan itu, dapat kita lihat bendera parti dipasang di tepi jalan sekaligus memenuhi di kawasan terlibat sepanjang pelaksanaan PRN nanti.

Walaubagaimanapun, timbul pula kejadian tak diingini bilamana, salah satu bendera parti yang dipacak itu telah menyebabkan kemalangan seorang penunggang motosikal.

Akibat 'pacak' sesuka hati, gadis jatuh motor dilibas bendera parti

Dalam perkongsian Norazlina Abd Rahman, memaklumkan bahawa anak perempuannya terlibat dalam kemalangan selepas bendera itu melibas lehernya dan hampir terbelit.

Disertakan dalam hantaran tersebut, beberapa keping gambar keadaan anaknya selepas kemalangan apabila kedua-dua pergelangan tangannya patah dan retak.

Bahkan di leher juga terdapat kesan luka akibat insiden itu.

Akibat 'pacak' sesuka hati, gadis jatuh motor dilibas bendera parti

Pun begitu, dia meluahkan rasa syukur kerana anaknya masih dipanjangkan umur dan berharap agar yang lain mengambil iktibar daripada kejadian itu.

Walaubagaimanapun, difahamkan pihak Norazlina telahpun membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Rata-ratanya ikut meremang dengan tragedi menimpa gadis itu sekaligus berharap agar dia kembali sembuh.

 

Turut baca