Akibat guna duit palsu, 3 termasuk 2 wanita dipenjara 14 bulan

Akibat guna duit palsu, 3 termasuk 2 wanita dipenjara 14 bulan

Akibat guna duit palsu, 3 termasuk 2 wanita dipenjara 14 bulan. Sesyen Kuala Pilah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan ke atas tiga individu termasuk dua wanita selepas mengaku bersalah menggunakan wang palsu RM100, awal bulan ini.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Ross Louis Hisham, 46, Nurul Ain Atiqah Karoi, 24, dan Nurul Najwa Zulkifli, 21, yang berdepan dengan lima pertuduhan.

Akibat guna duit palsu, 3 termasuk 2 wanita dipenjara 14 bulan

Menurut laporan Harian Metro, ketiga-tiga tertuduh didakwa menggunakan wang palsu RM100 sebagai tulen di beberapa kedai di Bahau dan Gemas antara 7 Jan hingga 11 Jan lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun Keseksaan, yang boleh dihukum bawah seksyen sama penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan, manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan.

Sementara itu bagi pertuduhan kelima, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.