Akhirnya! Geng Nicky tewas jua

Akhirnya! Geng Nicky tewas jua

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket pengubahan wang haram terbesar di negara ini melalui Ops Pelican 3.0 yang dilaksanakan di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, operasi yang melibatkan kekuatan seramai 220 orang pegawai dan anggota polis itu berjaya menahan 48 orang individu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747)(SOSMA).

“Sebanyak 70 serbuan telah dijalankan bagi mengesan geng Nicky yang diketuai oleh seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Liow Soon Hee.

“Operasi khas ini dilancarkan susulan maklumat risikan oleh jabatan siasatan jenayah komersial Johor,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini. – K! ONLINE