Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba – Adun Serom

Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba – Adun Serom

Serom seterus ingin bersama membahaskan pelbagai strategi pemulihan ekonomi negeri yang dipacu 3 agenda yang telah dicadangkan oleh YAB Ir Datuk MB Johor, Serom umumnya bersetuju dengan agenda Jaminan Bekalan Makanan negeri Johor yang sekian lama telah meletakkan Johor diantara pengeluar dan pembekal utama produk sektor pertanian dan industri makanan Negara.

Namun seperti yang dinyatakan oleh YAB Ir Datuk MB Johor bahawa the right crops and right products dengan izin, menjadi perkara yang paling penting dan kritikal untuk ditentukan.

Maka dengan itu Serom ingin mencadangkan untuk Johor mengambil manafaat sepenuhnya dari kedudukan strategik negeri yang berada di antara dua perairan utama dunia iaitu Laut China Selatan dan Selat Melaka seterusnya menerobos jauh ke laut luas yang sarat dengan pelbagai khazanah khususnya perikanan untuk menerokai industri perikanan laut dalam dan segala industri hiliran berkaitan sebagai sumber ekonomi baru.

Serom maklum bahawa Industri ini bukan mudah dan ia memerlukan peruntukkan yang sangat tinggi untuk diterokai namun seperti peribahasa tadi akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba boleh diadaptasikan didalam menjayakannya.

Untuk makluman ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, keseluruhan bekalan ikan segar sedia ada dipasaran hari ini hanya dari 20% sumber perikanan tepi pantai dan import manakala 80% sumber perikanan adalah dari laut dalam yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Ia adalah aset negara yang masih belum terusik sepenuhnya.

Pelbagai peluang industri baru berkaitan yang memberi impak langsung juga kepada industri pertanian yang menjadi agenda kerajaan negeri.

Pelbagai peluang tambah nilai dan pekerjaan baru yang berdaya maju dan bernilai tinggi seperti pengeluaran ikan baja (Fishmeal), Ship repair & maintenance, Ship Spare parts, Freeze & Seafood Packaging, Seafood Transportation dengan izin dan banyak lagi industri hiliran yang boleh diterokai dengan meluasnya.

Cadangan ini boleh dimulakan dengan pengeluaran lesen laut dalam kepada pelabur-pelabur untuk dianugerahkan kepada nelayan-nelayan tempatan terpilih, pewartaan [email protected] rancangan industri perikanan laut dalam dengan penglibatan jeti-jeti kerajaan & swasta terpilih serta bidang kuasa serta penglibatan yang jelas diantara kerajaan persekutuan dan negeri malah negera-negara terlibat.

 

YB Dr Faizul Amri Adnan
Adun Serom

Petikan Ucapan Belanjawan Johor 2021