Air sungai Kedah akan di jual bersama nazir bumi Rm62 trillion, tanya Raja Kamarul

AIR SUNGAI KEDAH AKAN DI JUAL BERSAMA NADIR BUMI ‘RM62 TRILLION’ ?
11 Disember 2020
1. Menteri Besar PAS Kedah bercadang untuk menjual air mentah sungai Kedah dengan nilai RM50 juta setahun ke Pulau Pinang. Berapa pula harga jualan air sungainya ke jirannya, Perlis? Baru baru ini umumkan elemen nadir bumi, REE, Kedah bernilai ‘RM62 trillion akan diusahakan.
2. Kerakusan Menteri Besar Kedah berfikir tentang keuntungan perniagaan sehingga terlupa hukum penjualan air mentah Sungai Kedah yang merupakan satu keperluan asas semua makhluk Allah.
3. Ulama sepakat tentang haramnya hukum memperjualbelikan air yang terdapat dalam sumbernya, seperti yang berada di sungai, telaga, danau bahkan yang terdapat di dalam sumur. Walaupun berada di bawah penguasaan pemiliknya. (Rikza Maulan, Hukum Jual Beli Air, Dakwatuna, 3 September 2015)
4. Hal ini terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim yang bermaksud : “Diriwayatkan dari Jabirin bin ‘Abdillah r.a : Rasulullah SAW melarang menjual sisa air” (HR. Muslim)
5. Bagaimana seorang Menteri Besar dari parti Islam PAS boleh membuat cadangan yang bertentangan dengan hadis Al Rasul?
6. Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden PAS, perlu membuat pendirian atas kenyataan tersebut.
7. Sebelum itu, pengumuman Menteri Besar Kedah tentang elemen nadir bumi REE, menunjukkan betapa kurang cermatnya kenyataan yang di buat oleh seorang yang bertaraf ketua kerajaan negeri.
8. Malahan kenyataan isu REE yang diumumkan pada awalnya bernilai RM62 trilion ringgit mengundang bahan jenaka atas pengumuman angka tersebut dan dalam masa sama menarik kritikan atas bahaya kesan alam sekitar.
9. Baik di Kelantan, Kedah dan juga Terengganu yang merupakan negeri majoriti Melayu, isu hampir sama berulang di mana isu perlombongan kerja-kerja mengekstrak hasil bumi yang mencemar alam sekitar secara terus mengancam kesihatan penduduk sekitarnya.
10. Di Kelantan, pencemaran sungai sungai dari aktiviti perlombongan bukan sahaja telah mencemar alam sekitar tetapi proses membalak telah menyebabkan banjir yang teruk.
11. Di Terengganu, perlombongan emas di Lubok Mandi, Marang menyebabkan pencemaran alam jangka masa panjang, pencemaran air minuman sungai serta telaga dan risiko kemalangan disebabkan aktiviti mencari emas.
12. Di Kedah,pengumuman Menteri Besarnya menimbulkan banyak tanda soal mengapa ianya diketengahkan sebelum kajian mendalam terhadap implikasi pencemaran serius di buat seperti di negara negara lain.
13. Selain dari tujuan politik yang bertujuan menonjolkan “kejayaan” negeri dan pemimpinnya, ramai yang menjangkakan ini adalah alasan untuk pembalakan secara meluas di hutan simpan Ulu Muda.
14. Hutan simpan Ulu Muda merupakan kawasan tadahan air 3 negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dengan 4.2 juta orang penduduk (13% rakyat Malaysia).
15. Bukan hanya bekalan air akan terjejas teruk tetapi pencemaran sumber bekalan air tersebut akan mengancam keselamatan kesihatan 4.2 juta rakyat Malaysia di 3 buah negeri. Implikasinya amatlah serius dan meluas.
16. Menteri Alam Sekitar dan Air perlu ambil serius kerana ianya melibatkan 3 negeri dengan 4.2 juta penduduk sebahagian besarnya Melayu Islam yang di nobatkan dijuarai oleh kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional.
17. Kerajaan Negeri yang diterajui oleh parti bergelar parti Islam perlulah bijaksana dalam mengaplikasikan ajaran Islam sebenar dengan mengutamakan kesihatan dan kebajikan rakyat dan memelihara alam sekitar termasuk penghasilan air bersih.
18. Malangnya selepas 30 tahun memerintah Kelantan bekalan air bersih dan tahap kemiskinan rakyat negeri tersebut masih di tahap yang menyedihkan.
19. Bukan sahaja kesihatan rakyat dengan bekalan air bersih tanpa pencemaran alam penting, hukum menjual air mentah ke negeri lain mestilah mengikut hukum Islam.
20. Janganlah kerana Kedah ingin menjadi negeri kaya dengan menjual elemen nadir bumi bernilai ‘RM62 trillion’ ditambah lagi dengan hasil pembalakan, hukum hakam sudah mula diabaikan.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi Biro Alam Sekitar
Parti Amanah Negara.
Sumber : https://web.facebook.com/251826234961316/posts/2246992848777968/?_rdc=1&_rdr