Ahmad Maslan kata kemelut politik Perak 99.9 peratus selesai

Ahmad Maslan kata kemelut politik Perak 99.9 peratus selesai

KUALA LUMPUR: UMNO yakin kemelut politik di Perak yang tercetus sejak 4 Disember lalu akan berakhir hari ini.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ketika ini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berbincang isu terbabit.

“Pada saat dan ketika ini, Presiden UMNO, PAS dan BERSATU sedang berbincang, …berbincang (bagi) menyelesaikan (kemelut politik di Perak). Saya yakin krisis di Perak selesai hari ini.

“Hari ini selesai, 99.9 peratus selesai,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi perbincangan antara tiga pemimpin terbabit berlangsung.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/763151/ahmad-maslan-kata-kemelut-politik-perak-999-peratus-selesai